10 PERKARA TAK COVER
WALAU ADA MEDICAL CARD

(berdasarkan pengalaman sendiri)

Ini adalah dari pengalaman saya sendiri, di mana anak saya telah sakit dan warded di hospital swasta, sebanyak 3 kali dalam tempoh 3 tahun. Anak saya sudah ada medical card, mencarum sejak belum lahir lagi. Ada beberapa perkara yang medical card tak cover, which means, kena keluar duit sendiri, bila warded di hospital. Saya sudah tahu, dan anda juga perlu tahu perkara ini!

Oh ya, sebelum pergi jauh, medical card atau kad perubatan dari insurans takaful adalah berfungsi untuk bantu anda membiayai kos rawatan perubatan di hospital akibat sakit atau kemalangan. Perlu mohon ketika masih SIHAT, dan cover ketika sakit atau kemalangan.

Di bawah adalah beberapa gambar antara saya dan anak, ketika warded, berserta dengan jumlah bil rawatan.


Mac 2022, Acute Gastroenteritis
Thomson Medical Center, Kota Damansara
(Bil hospital: RM5,117.90)



Feb 2022, Acute Bronchiolitis
Thomson Medical Center, Kota Damansara
(Bil hospital: RM4,786.73)



Sept 2020, Viral Fever
AVISENA Specialist Hospital, Shah Alam
(Bil hospital: RM4,168.90)


APA YANG TAKAFUL
MEDICAL CARD TAK COVER?

Di bawah adalah kos yang perlu ditanggung selama 3 hari, berdasarkan pengalaman saya sendiri:
  1. Rawatan di Klinik (sebelum ke hospital) = RM70
    • Boleh claim semula jika warded, dan ada medical card
  2. Bayaran Test Covid = RM350
    • PCR RM270 untuk anak + RTK RM80 untuk ibu
      (SOP ketika itu. Kini, mungkin hanya RTK)
    • hanya seorang penjaga (ibu) dibenarkan bermalam
  3. Bayaran deposit hospital = RM500
    • Dipulangkan semula selepas discaj
      (jika tiada medical card, biasanya deposit bermula dari RM2,000 bergantung pada jenis sakit dialami)
  4. Kos ulang-alik ke hospital = RM50
    • ayah berulang-alik untuk melawat (1x lawatan)
    • Fuel + Parking
  5. Perkongsian bayaran bil hospital = RM300
    • Jika medical card anda ada terma 10% ko-takaful/ co-payment dari jumlah bil atau kongsi bayar jumlah yang tetap antara RM300-RM500 (sila semak polisi/sijil anda)
    • untuk anak saya, perlu bayar RM300 dan baki bil rawatan ditanggung oleh pihak takaful
    • tak perlu bayar jika medical card anda adalah jenis full coverage (tiada ko-takaful)
  6. Bayaran Kos Rawatan Hospital
    • bayar kos rawatan secara tunai, kad kredit atau medical card
    • anda jimat banyak jika pakai medical card di hospital yang menjadi panel kepada syarikat takaful anda
    • jika warded di hospital bukan panel, contohnya hospital kerajaan, anda perlu bayar sendiri dulu, sebelum claim semula di syarikat takaful anda
  7. Bayar kos lebihan bilik wad = RM150
    • Bilik wad single (1 katil) lebih menjadi pilihan kerana lebih privacy dan aurat lebih terjaga
    • Kebanyakan bilik single bermula dari RM250/hari dan ke atas
    • Medical card anak saya cover bilik sehingga RM200 sahaja
    • Jadi, lebihan RM50/hari perlu saya tanggung
    • Total RM150 untuk 3 hari
  8. Barangan tak berkaitan dengan rawatan = RM60
    • Toiletries & tuala
    • Admin fee
  9. Rawatan susulan (follow-up) = RM110
    • 1 kali rawatan, konsultasi sahaja
    • Tanpa tambahan ubat
    • Perlu bayar duit sendiri, tapi boleh claim semula
  10. Cuti Kerja Tanpa Gaji = RM600
    • Perlu ambil cuti tanpa gaji jika cuti sudah habis atau kerja sekarang adalah gaji harian
    • Jika gaji 1 hari RM200, maka untuk 3 hari sudah RM600 kerugian

    JUMLAH BAYARAN = RM 1,500
    (2 + 4 + 5 + 6 + 7 + 8 + 10)
    ➡️ kos 'hangus'



ADAKAH CARA UNTUK KURANGKAN
KOS YANG DITANGGUNG INI?

Ya, sudah tentu ada dan yang paling berbaloi adalah ambil manfaat ELAUN HOSPITAL.

Elaun Hospital adalah sejumlah wang yang diberikan kepada pelanggan yang dilindungi, jika perlu warded di hospital swasta atau hospital kerajaan dengan jumlah dari RM100/hari sehingga maksima RM1,900/hari, dan didarabkan dengan bilangan hari anda warded.

Jika elaun hospital adalah RM500/hari dan warded selama 3 hari, maka pihak insurans takaful akan membayar anda RM1,500 tunai. Boleh bantu bayar kos hangus itu!

Pernah pada tahun 2021, ada pelanggan yang warded di hospital kerajaan akibat Covid-19 selama 14 hari. Beliau memang ada ambil manfaat elaun hospital sebanyak RM100/hari dalam pelan takafulnya. Selepas discaj dan diuruskan claim nya, beliau tersenyum dapat duit tunai elaun hospital RM1,400. Cuba bayangkan pula kalau beliau ambil elaun hospital RM500/hari. Total akan jadi RM7,000. Sakit sudah sembuh, dapat pula duit poket. Best kan?!

JOM MOHON HARI INI!

Pilih salah satu pakej di bawah untuk mohon:

PLAN 1 PLAN 2
A ELAUN HOSPITAL ELAUN HOSPITAL
RM100 - RM1,400 per hari RM100 - RM1,900 per hari
B PAMPASAN KEMATIAN PAMPASAN KEMATIAN
RM10,000 - RM1 Juta RM10,000 - RM1 Juta
- MEDICAL CARD
C Tanggungan Bilik Wad Harian
RM150 - RM500 per hari
D Had Claim Tahunan:
RM100,000 - RM2 Juta
E Had Claim Seumur Hidup:
Tiada Had
F Tanggungan Kos Rawatan Hospital:
Deductible300 /
Deductible500 /
Full Coverage
CARUMAN BAYARAN
(Tekan di bawah untuk FREE Quotation)





  1. Saya sudah ada medical card, adakah saya boleh mohon elaun hospital sahaja?
    Jawapan: Ya, boleh

  2. Saya masih tiada medical card dan mahu elaun hospital sahaja. Adakah boleh?
    Jawapan: Ya, boleh

  3. Medical card saya sudah ada elaun hospital. Adakah boleh tambah?
    Jawapan: Ya, boleh

  4. Berapa lamakah tempoh menunggu sebelum boleh claim, untuk elaun hospital dan medical card?
    Jawapan:
    • sebab kemalangan:
      = 24 jam selepas permohonan lulus
    • sakit ringan atau jangkitan virus:
      = 120 hari selepas permohonan lulus
    • sakit kritikal atau rawatan yang memerlukan pembedahan kos tinggi:
      = 2 tahun selepas permohonan lulus
    • sakit sedia ada & congenital:
      = tidak cover
Lain-lain pertanyaan, sila tekan button di atas untuk berhubung melalui whatsapp!